11 FAKTOR UTAMA WEBSITE GAGAL MEMBERI PULANGAN

Terlalu banyak keluhan yang kami dapat & dengar daripada usahawan yang memiliki website tapi website yang mereka miliki gagal memberi pulangan balik pada bisnes yang mereka jalankan.

 

Disini kami akan senaraikan antara faktor-faktor utaman yang membuatkan website yang ada itu gagal memberi pulangan balik seperti mana yang di harapkan.

 

  1. Tidak Memfokuskan SEO

SEO adalah singkatan daripada nama Search Engine Optimization (Pengoptimuman Enjin Carian). Ini antara salah 1 kaedah yang digunakan untuk memastikan website milik kita miliki berada & tersenarai di dalam enjin carian seperti Google.

 

Jika dapat dikuasai & berjaya tersenarai & tersenarai pula di muka pertama enjin carian, bisnes yang kita jalankan sangan berpontensi untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan yang berkualiti.

 

Tapi, sayangnya kebanyak pemilik bisnes yang memiliki website tidak menekankan keperluan SO ini.

 

  1. Info Tidak Jelas.

 

Info yang tidak jelas ini biasanya terdapat pada jenis laman web yang murah. Dan apabila pengunjung yang datang berkunjung ke website bisnes yang dijalankan oleh sesebuah syarikat itu akan menimbulkan kekiliruan terhadap syarikat yang menjalakan perniagaan.

 

Dengan info yang, kandungan tidak kemas serta tidak maksud & tujuan kepada bakal pelanggan. Adakah anda rasa website yang kamu miliki itu mampu bagi pulangan balik dengan bisnes yang kamu jalankan jika keadaan website yang kamu miliki sepertu itu?

 

  1. Gambar

 

Cuba bayangkan bisnes di Sabah tapi gambar yang terdapat didalam website bisnes yang di miliki itu gambar yang tidak ada kaitan langsung pun dengan bisnes & tempatnya.

 

Adakah prospek yang berkunjung ke website milik kamu itu yakin untuk membeli produk ataupun servis yang kamu jalankan?

 

Seeloknya gunakanlah gambar yang asli & paling bagus jika ianya daripada aktiviti bisnes yanga anda jalankan.

 

  1. Tidak ada Maklum Balas Atau Testimoni

 

Kebanyakan pengunjung keberkunjun ke mana-mana kedai digital akan membeli servis atau produk itu bila mana ada testimoni atau pun ulasan daripada orang yang sudah pun atau pernah menggunakan servis atau produk pada sesebuah syarikat itu.

 

Tanpa testimoni pada masa kini orang akan bertapi-tapi untuk membeli produk atau servis kamu.

 

  1. Marketing Tidak Berterusan

 

Marketing yang dijalankan tidak berterusan, sekejap ada sekejap hilang dari radar. Ini sama juga lah dengan tagline yang popular satu ketika dahulu, Chipsmore.

 

Kita tengok sahaja jenama-jenama yang besar & memang sudah pun menguasai pasaran dihampir seluruh dunia seperti KFC, Mac’D & banyak lagi. Walaupun jenama mereka sudah cukup gah & besar tapi mereka tidak pernah berhenti melakukan marketing.

 

Dengan bisnes yang kita miliki ini apa lah sangat kalau dibandingkan dengan mereka tidak buat marketing yang berterusan? Jangan kita persoalkan website yang kita miliki itu gagal untuk memberi pulangan pada bisnes yang kamu jalankan.

 

  1. Tidak Ada CTA.

 

Apa itu CTA? CTa adalah ringkasan daripada Call to Action. Kebanyakan website pemilik bisnes tidak meletakan CTA yang mendorong penggunjung untuk bertindak membuat pembelian terus.

 

  1. Tidak Up to Date.

 

Website ini macam laman sosial media juga mesti update sesuatu yang baru agar pengunjung yang datang ke kedai digital kamu pun lebih berminat & percaya dengan bisnes yang kamu jalankan.

 

Seeloknya lakukanlah seminggu sekali atau sebulan sekali. Ini bukan sahaja menambah minat, percaya tapi juga keyakinan dengan bisnes yang kamu buat.

 

  1. Old School.

 

Sebagai pemilik perniagaan kena ingat orang membeli kerana emosi.

Trend semasa mempengaruhi kebanyak prospek untuk membeli produk atau servis yang anda jalankan. Tapi sayangnya tidak banyak website yang menggunakan trend ini untuk meningkatankan jualan.

 

  1. Tidak Responsif.

 

Pada masa kini dengan teknologi yang makin berkembang orang boleh melayari internet hanya dengan menggunakan telefon pintar sahaja. Website yang kamu miliki itu tidak mengambil kira size gajet terkini menyebakan pengunjung merasa kurang selesa untuk datang berkunjung ke kedai digital anda.

 

  1. Kedekut Untuk Melabur.

 

Ada website & kamu mahukan website yang kamu miliki itu orang tahu & berkungjung untuk dapat memberi hasil pada bisnes yang kamu jalankan tapi kedekut untuk melabur dalam Digital Marketing.

 

Macam mana mahu orang tahu bisnes yang anda jalankan?

 

  1. Lain-lain Faktor.

Apa yang kami senaraikan di atas adalah faktor biasa yang berlaku & patut untuk diatasi segera. Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain menyumbang kegagalan sesebuah website itu.

 

Jika anda merancang untuk buat website selepas ini, faktor-faktor ini yang perlu kamu titik beratkan agar website yang bakal kamu miliki itu berjaya membantu bisnes kamu untuk lebih berkembang selepas ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *