11 Sebab kenapa perniagaan perlukan laman web.

Website atau kedai digital di dunia maya, antara salah 1 elemen yang perlu anda miliki jika anda mahu berkembang dengan lebih jauh lagi.

Tidak kira apa pun jenis perniagaan yang kamu miliki, memiliki website perniagaan adalah 1 bonus buat kamu. Ini adalah 11 sebab kenapa perniagaan yang kamu jalankan itu perlukan laman web.

 

 

  1. Internet ada dimana – mana.

 

Zaman sekarang internet menjadi salah satu keperluan hampir untuk semua orang. Dan semakin banyak syarikat telco yang menyediakan internet. Bah kan ada syarikat y sedia ada pula menaik taraf sistem data internet kepada lebih maju & murah.

Tidak lama lagi ekses internet akan masuk ke fasa baru iaitu 5g. Akses internet yang lebih laju dari sekarang iaitu 4g.

Zaman sekarang orang tidak perlu lagi buka komputer atau laptop buka internet, hanya dengan telefon pintar sahaja pun boleh.

Jadi potensi untuk laman web kita mendapat pengunjung boleh jadi juga pembeli servis atau produk kita juga bertambah tinggi.

 

  1. Memudahkan untuk berhubung dengan pelanggan mahupun bakal pelanggan.

 

Mudah untuk untuk costumer sedia ada mahu pun bakal pelanggan y berkualiti.

Bukan saja senang untuk orang jumpa kedai online kamu, kamu boleh juga berhubung dengan bakal pelanggan y datang. Tidak kira lh dri mna bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada tu berada.

 

Bukan saja senang untuk orang jumpa kedai online kamu, kamu boleh juga berhubung dengan bakal pelanggan y datang. Tidak kira lh dri mna bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada tu berada.

Macam mana pula boleh berhubung di laman web?

Untuk part ni kita boleh berhubung dgn pelbagai cara salah 1 cara dengan menggunakan email. Pelanggan atau bakal pelanggan email kmu, kmu boleh jawap pesanan email tu dgn lbih mudah. Ini memudahkan untuk ke 2x pihak, mereka senang menghubungi kamu, kamu pula senang untuk lebih knl dgn pelanggan mahu pun bkl pelanggan.

Ini juga antara salah 1 cara untuk kita mendapat feedback mengenai servis atau produk kita ..

denga feedback y kita dapat, kita boleh menambah baik servis atau produk kamu di masa depan.

 

  1. Kos Marketing yang lebih murah & berkesan berbanding Tradisional Marketing

 

Boleh dikatakan kos untuk buat pemasaran hanya dengan menggunakan website tidaklah setinggi mana jika di bandingkan dengan teknik tradisional. Dengan teknikk yang betul untuk dapat pelanggan tidak kira luar atau dalam negara sangat lah mudah. Peluang untuk bisnes berkembang adalah jauh lebih terbuka & jelas.

 

  1. Website adalah permis perniagaan yang lebih murah.

Apa pun jenis perniagaan yang anda buat, dengan memiliki permis perniagaan dapat menaikan keyakinan & kepercayaan kepada perniagaan yang kita jalankan.

 

Namun, untuk memilki permis perniagan memerlukan kos yang agak tinggi, kalau disentuh mengenai kos untuk permis fikizal sebuah perniagaan itu mestilah termasuk permis jika anda menyewa, kos tenaga elektrik, air mahu pun kos selangara.

 

Tapi berbeza pula dengan website, kos yang boleh dikatakan agak rendah & dimasa dunia teknologi masa kini ianya boleh & mudah di capai oleh sesiapa saja tidak kira masa & tempat.

 

Walaupun masing-masing pro dan kon, memiliki kedua-duanya adalah 1 bonus. Tetapi jika anda sendiri mempunyai bajet yang terhad seeloknya dengan memiliki laman web adalah pilihan yang tepat.

 

  1. Website profesional mampu menaikan kredibiliti sesebuah perniagaan.

 

Jika menyentuh pada permis perniagaa, sudah tentu penampilan sesebuah perniagaan itu menjadi antara peranan penting bagi mewujudkan pandangan serta tanggapan positif pelanggan. Sebagai contoh permis fizikal yang anda miliki, jika permis yang kamu miliki itu di hiasi & tersusun dengan teratur, pelanggan yang kamu miliki itu akan merasa selesa & akan datang mereka akan datang juga.

 

Begitu jugalah bila website yang kamu miliki itu tersusun & teratur, penampilan yang ada pula nampak profesional ini antara salah satu dapat meningkatkan tahap kepercayaan bakal pelanggan serta pelanggan anda serta menaikan lagi kredibiliti perniagaan anda.

 

 

 

  1. Brand & info bisnes dapat dikawal.

 

Dengan memiliki website perniagaan sendiri anda mampu mengawal segala info yang berkaitan dengan bisnes yang anda jalankan. Jika ada sebarang perubahan atau memang anda mahu buat perubahan mengenai bisnes yang anda jalankan, anda hanya perlu log masuk & buat gubahan apa yang perlu anda buat.

 

Begitu juga membuat jenama sendiri. Dengan memiliki website dapat memudahkan anda membina jenama atau brand anda sendiri.

 

  1. Mudah untuk dikemaskini

 

Berbanding hanya dengan menggunakan sosial media atau lain-lain planform yang banyak diluar sana. Website yang anda miliki itu anda boleh buat gubahan & kemas kini mengikut citarasa anda sendiri.

 

  1. Milik anda.

 

Website yang anda miliki anda boleh buat apa sahaja mengikut kehendak & keperluan perniagaan yang anda jalankan. Samaada anda mahu mengubahsuai website, tambah blog, menaik taraf sistem sedia ada atau mahu menambah servis atau produk yang anda sediakan. Semuanya terpulang daripada anda.

 

Dengan teknologi website yang ada pada masa kini, anda boleh lakukan apa saja untuk memaksimumkan keuntungan.

 

  1. Buka tidak kira masa 24/7/365

 

Pelanggan mahupun bakal pelanggan nada boleh berkunjung ke permis digital anda bila-bila masa yang mereka mahu. Ini antara kelebihan yang ramai pemilik perniagaan tidak tahu. Jika anda mahu permis fizikal anda beroperasi tanpa tutup bajet yang anda perlu sediakan semestinya besar & tidak mampu untuk tidur malam dengan tenang. Tetapi, dengan website atau kedai digital anda mampu untuk tidur dengan lebih tenang. Kedai digital yang anda miliki tidak tutup tapi orang masih boleh datang berkunjung. Dan semestinya kos yang bakal anda keluarkan lebih murah.

 

 

  1. Mudah untuk mengumpul & menyimpan database.

 

Dalam website yang anda miliki, anda boleh menyediakan borang dimana pelawat memasukan maklumat seperti Email, Nama & nombor untuk dihubungi. Dengan cara ini dapat memudahkan anda mengumpul database prospek yang datang berkunjung ke kedai digital milik anda.

 

Dan dengan cara ini juga lah memudahkan anda menukar prospek anda kepada pelanggan seterusnya pelanggan setia anda.

 

  1. Ada sosial media sudah ada perlukah memiliki website.

 

Platform sosial media bukannya milik kita jadi kita terikat dengan perturan & polisi yang telah di tetapkan oleh pemiliknya. Dan seperti mana yang anda tahu platform sosial media tidak akan kekal.

 

Antara platform sosial media yang dahulunya gah tapi tidak lagi pada masa kini iaitu Frienster, anda tahu patform ini dahulunya 1 platform yang popular seperti juga yang ada pada masa sekarang.

 

Plantform sosial media yang bukan pun milik anda itu adakah akan kekal selamanya? Ini adalah antara kelemahan yang begitu ketara pada sosial media. Jadi, adalah sangat penting jika anda memiliki website untuk perniagaan yang anda jalankan & menggunakan platform sosial media untuk mempromosikan website anda.

 

 

Begitu lah kupasan kami kenapa anda perlu memiliki website untuk perniagaan yang anda jalankan. Ada banyak lagi sebab yang bakal anda dapat hanya dengan memiliki website sendiri, terokai & rasai pengalamannya sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *