#3 ALASAN PEMILIK PERNIAGAAN TAK NAK TRANSFORM KE DIGITAL BISNES

Terlalu banyak alasan yang membuatkan ramai pemilik perniagaan sendiri tidak mahu melangkah ke dunia digital, sedangkan ada banyak program khas berkaitan dunia digital di adakan. Disini kami senaraikan antara alasan yang biasanya digunakan oleh pemilik perniagaan sendiri.

  1. Mindset 

    Kebanyakan pemilik perniagaan masa kini masih lagi tidak tahu & faham lagi mengenai dunia teknologi digital. Penuh dengan alasan dengan mahu ambil peduli & belajar sesuatu yang baru. Umur juga dijadikan isu untuk mempelajari sesuatu yang baru.Mindset juga menjadi salah 1 as sebab utama kenapa masih ramai lagi pemilik pereniagaan tidak mahu men’transform’ perniagaan mereka ke dunia digital. Mind set masih lagi seorang pekerja & yang paling menyedihkan bila mana menganggap teknologi itu sebagai alasan & tidak mahu pula belajar.

    Tidak tahu bukan sebagai alasan sebenarnya, cari orang untuk bantu buat macam mana perniagaan boleh melangkah ke dunia digital & paling penting boleh belajar dari individu tersebut.

 

  1. Masih Mahu Mengekalkan Cara Tradisional. 

    Ini antara sebab utama juga kenapa kebanyakan pemilik perniagaan tidak mahu melangkah ke dunia digital. Kita ambil beberapa contoh Blockbuster LLC, Ada di antara kamu yang pernah dengar nama syarikat gergasi ini suatu ketika dahulu? Sekitar awal tahun 2000 syarikat ini memang hebat hanya dengan menyewakan video tape pada orang. Dimana-mana pun orang tahu & mengenali siapa syarikat ini, sampai lah 1 tahap dimana bila teknologi semakin berkembang. Pada masa itu Founder Netflix menawarkan Blockbuster untuk melangkah daripada offline ke online. Akan tetapi, Blockbuster menolak & tidak mahu menerima teknoloi. 

    Akibat daripada tindakan yang tidak mahu mengikuti trend pada masa itu, Blockbuster berhenti beroperasi pada September 23, 2010 & sudah hampir 10 tahun berlalu masih tidak mendengar cerita apa yang berlaku selepas itu pada Blockbuster. Netflix pula semakin berkembang & terus berkembang dari hari ke hari sehingga kini.Sebagai usahawan & pemilik perniagaan anda kenalah mengikuti trend dari masa ke semasa. Berubah daripada traditional iaitu offline kepada online untuk bisnes lebih berkembang lebih jauh lagi selepas ini.

  1. Rasa Kos Meningkat 

    Ini lagi antara alasan yang paling banyak pemilik perniagaan bagi. Pada awal dulu iya, memang tinggi sebab servis dijual dengan matawang Dollars sebab pada masa itu tidak ada lagi di Malaysia am nya yang buat servis online seperti website, SEO, Online marketing.Tapi itu dulu, pada masa kini banyak syarikat yang membekalkan servis online. Semestinya kos untuk buat makin hari makin rendah. Jika dibandingkan cara tradisional dengan online, online sebenarnya jauh lebih rendah kos.

    Sebagai contoh kos untuk buat Website yang lengkap dengan info yang berkaitan dengan perniagaan di tambah pula design yang mengikuti trend terkini, di tambah pula sedikit servis SEO & online marketing. Cuma RM6,099 sahaja, tidak sampai pun RM10,00. jika dibahagikan kos untuk maketing yang terus berjalan tanpa henti di internet RM6,099 bahagi 365 hari/ setahun anda cuma keluarkan RM16.71 sehari & RM0.69 sejam.

    Jika dibandingkan pada cara tradisional kos untuk buat marketing tersangatlah tinggi & untuk cara tradisional semestinya ada masa yang anda perlu patuhi, kawasan pula terhad pada 1 tempat sahaja. Kos tenaga kerja juga bertambah jika anda mahu lebih masa untuk tujuan marketing secara berterusan.

Itu lah antara alasan yang biasa kami dapat daripada pemilik perniagaan tempatan. Tidak pelik jika ada bisnes yang masih baru tapi lebih cepat berkembang daripada pemilik perniagaan yang sudah lama berniaga tapi masih kekal ditakuk yang sama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *