#5 Cara untuk Kekal Positif

5 Cara untuk Kekal Positif

Untuk kita terus kekal momentum sentiasa menyerap aura-aura postif untuk ada dalam diri kita sebenarnya ada banyak cara.

Di sini kami akan kongsikan buat kamu macam mana untuk mengekalkan momentum untuk terus positif.

 

  1. Bersyukur

Tidak kira apa pun berlaku pada hidup, kerjaya mahu pun bisnes kena selalu rasa bersyukur dengan nikmat yang kita dapat & terima setiap hari. Amalkan semasa pagi kamu bangun tidur, buka mata saja jangan dulu ambil telefon atau buat benda lain, ambil masa 5 minit setiap awal pagi, syukuri dengan nikmat yang anda dapat pada hari tersebut. Bersyukur masih bernafas, masih diberikan peluang untuk berjuang, kurniaan rezeki & pelbagai lagi untuk dizahirkan rasa syukur.

 

  1. Bersabar

Rasa sabar ini kena terapkan & pupuk dalam diri. Dengan rasa sabar yang kuat dalam diri, apa pun dugaan mahu pun cabaran yang mendatang kita jadi lebih kuat untuk hadapi.

 

  1. Memaafkan.

Ucap nampak senang tapi melakukan dengan seikhlas hati itu susah. Ajar diri, paksa diri untuk memaafkan orang yang berada di sekililing kita dengan seikhlas hati.

Bila mana jika kita berkeras hati untuk tidak memaafkan orang walaupun kesalahan yang ada itu tidaklah sebesar mana akan timbul titik hitam dalam diri kita yang susah untuk kita hapus. Titik hitam yang ada pada hati itu adalah aura negatif & amatlah susah untuk kita menrik aura positif untuk kekal masuk ke dalam diri kita, hati kita juga hati kita sendiri.

Paksa lah diri, ajarlah diri kita untuk memaafkan orang. Iya, memang susah tapi hasilnya yang bakal kamu dapat luar dari apa yang kamu bayangkan.

 

  1. Bergaul dengan Orang-orang Positif

Bila kita masuk dalam satu circle orang yang berfikiran positif ini sedikit sebanyak membantu kita untuk kekal konsisten berfikiran positif. Cuba tengok cara mereka berfikir, cara mereka bergaul, cara mereka bercakap. Bila kita berada dalam kolompok ini automatik diri kita akan terbiasa & terdidik untuk terus kekal positif

 

  1. Bercakap yang baik-baik.

Percakapan harian kita kena jaga untuk kita kekal konsisten berfikiran positif & aura positif dalam diri bertambah kuat.

Bila kamu berada dalam komuniti bercakap sesuatu yang dapat membantu membina sekililing kamu. Bila kita amalkan ini, automatik aura positif akan kekal dalam diri malah bertambah lagi.

 

Bila mana kita amalkan untuk berfikiran positif selalu, automatik rezeki dari segi kesihatan, pendapatan mahu kehidupan jadi lebih murah. Amalkan lah selalu tidak siapa anda, dimana & apa yang anda buat. Selamat beramal ikhlas daripada kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *