5 Elemen Wajib Tahu Sebelum Post

5 Elemen Wajib Tahu Sebelum Post

Sebelum kamu memulakan post di laman sosial media kamu perlu tekankan 5 elemen ini untuk memastikan apa yang bakal kamu post itu memberi kesan positif buat perniagaan yang kamu jalankan.

 

Jom baca dibawah kami kongsikan untuk kamu.

 

  1. Jenis Content

Fikir apa yang kamu mahu kongsikan, adakah ianya perlu untuk kmau kongsikan & berkaitan dengan bisnes yang kamu buat. Paling penting pastikan content yang kamu kongsikan itu pelbagai, janganlah sama sahaja. Orang pun naik bosan & tidak memberi apa-apa kesan yang membantu menarik mereka untuk lebih kenal mengenai bisnes yang kamu jalankan.

  1. Set Lokasi

Setiap post yang kamu buat, seeloknya tetapkanlah lokasi dimana kamu berada. Jika perniagaan yang kamu buat itu diKota Kinabalu, tetapkan lah lokasi kamu di Kota Kinabalu, biar target kamu tahu kamu berada dimana. Ini untuk menambah keyakinan juga kepercayaan perniagaan yang anda jalankan.

 

 

  1. Hastag #

Penggunaan # juga mampu memberi kesan pada jenis posting kamu di platform sosial media. Jadi carilah # yang bersesuaian dengan jenis bisnes yang kamu jalankan. Sebagai contoh jika anda menjalan perniagaan yang berkaitan dengan makanan boleh guna # yang berkaitan dengan makanan & boleh juga # lokasi anda berniaga, sebagai contoh #kotakinabalu atau #kkcity.

 

  1. Copywriting

 

Gunakan ayat-ayat yang ringkas tapi mampu menarik minat orang tertarik dengan kita.

Jangan gunakan ayat yang panjang sangat. Orang rasa bosan pula kalau masej yang kita cuba sampaikan tidak sampai. Kalau ada idea boleh gunakan copywriting yang panjang-panjang tu buat video.

 

  1. Tajuk

 

Pastikan tajuk posting kita berkaitan dengan isi & mesej apa yang cuba kita sampaikan. Pastikan tajuk yang kamu buat ringkas tapi padat dengan mesej untuk sampaikan agar orang lebih tertarik untuk terus baca, tengok apa yang kita post.

 

Itu adalah antara 5 elemen yang perlu kamu tahu sebelum kamu membuat posting di laman sosial media kamu. Ada banyak lagi untuk kamu titik beratkan tapi mulakan dari asas dulu selepas buat baru ambil itu sebagai pengalaman & pengajaran untuk kamu lebih faham lagi sebelum buat posting.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *