#5 Sebab Logo Bisnes Penting.
Untuk orang ingat & tahu siapa kita & perniagaan yang kita jalankan mestilah ada logo. Kita tengok sahaja syarikat-syarikat besar yang ada sekarang. Macam mana mereka bina logo untuk jenama syarikat mereka sampaikan orang tengok sahaja pun tahu siapa & apa mereka buat.
Kami kongsikan untuk kamu kenapa logo bisnes itu penting untuk perniagaan yang kamu jalankan.
- Menjelaskan Identiti
Logo bisnes adalah muka depan bagi sesebuah syarikat, dengan logo juga menjelaskan siapa kamu & apa yang kamu jalankan.Dengan logo juga orang tahu apa value yang kamu bagi & benefit bagi mereka yang menggunakan servis ataupun produk kamu.
Identiti kamu terlakar pada logo perniagaan yang kamu buat & ianya melambangkan kekuatan syarikat kamu. Sebagai contoh yang boleh kami bagi cukup lah yang dekat dengan kita iaitu Proton, Jika kamu perasan Proton sudah beberapa kali mengubah logo mereka, itu mengikut peredaran, misi & visi mereka juga.
- Menarik Minat Pelanggan Baru.
Logo yang unik & menarik & di letakan pula pada signboard, risalah tau diman-mana ruang iklan sebenarnya mampu untuk menarik minat bakal pelanggan baru kamu untuk mereka mengatahui lebih lagi apa yang kamu lakukan.
Begitu juga bila logo yang kita miliki itu kita letakkan di laman sosial media jika anda mempunyai website letakan di dalam website kamu. Orang yang nampak akan tertarik mereka akan cari tahu lebih lagi apa yang kamu buat & sediakan. Konsep yang sama bezanya platform.
Pastikan logo milik kita miliki tidak semestinya perlu nampak mahal, mewah & gah semata-mata. Tapi, cukup lah ianya simple, unik & bersesuaian dengan bisnes yang kita jalankan. Bila logo yang ada indentiti yang kuat baru lah keunikan itu ada nilainya tersendiri timbul.
- Beza Brand Anda Dengan Brand Lain
Ini yang paling ketara ialah perbezaan kamu dengan pesaing kamu. Ya, sama-sama menjalankan bisnes dalam bidang yang sama. Tapi apa yang membezakan kamu dengan pesaing selain daripada strategi & konsep perniagaan semestinya logo.
Pastikan jika anda buat logo selepas ini, pastikan logo yang kamu buat itu nampak unik, kemas & berbeza daripada pesaing kamu. Jangan lah lepas ni mahu buat logo kamu minta design yang pelik-pelik tidak ada pun bersangkut paut dengan bisnes kamu tu.
Nanti orang nampak pun pelik, keliru dengan apa yang kamu buat.
- Brand Loyalty Atau Kesetian Jenama
Dalam memupuk kesetiaan pelanggan pada jenama kita bukanlah sesuatu yang mudah. Ada banyak proses yang kita perlu buat & sediakan. Jadi persediaan awal untuk memupuk setianya pelanggan pada jenama yang kamu hasilkan, bisnes yang kamu jalankan itu perlulah mempunyai identiti yang kukuh & kuat. Dengan identiti yang kuat ini lah kamu terjemahkan pada logo perniagaan kamu & dengan cara ini jugalah dapat memupuk kesetiaan pelanggan pada jenama kamu.
- Boleh Letak Dimana-mana
Jika kamu seorang ahli perniagaan yang agresif & melakukan aktiviti pemasaran yang berterusan maka dengan yang kamu miliki itu kamu boleh letak dimana pun platform peniklanan yang anda buat. Baik pada cara tradisional mahu pun digital.
Jadi nasihat kami pastikan logo yang bakal kamu buat selepas ini sesuai & dapat di lihat dengan jelas dengan apa jua platform yang kamu gunakan. Baik cara tradisional mahu pun digital marketing.
Ini adalah antara sebab kenapa logo itu penting dalam setiap perniagaan. Tapi sayangnya, ramai pemilik bisnes ambil remeh dengan perkara ini. Ambil perkongsian kami ini sebagai panduan untuk kamu buat logo khas buat bisnes kamu di masa akan datang.