KENAPA PENIAGA KECIL PERLU GUNAKAN DIGITAL MARKETING

Tidak kiralah perniagaan anda kecil sederhana mahupun besar dimasa kini, digital marketing adalah antara teknik yang perlu digunakan jika anda sendiri mahu perniagaan yang anda jalankan terus berkembang.

 

Disini kami bagi anda antara sebab yang perlu kamu tahu kenapa anda perlu gunakan digital marketing dalam perniagaan anda:-

 

  1. Jimat Kos 

    Semestinya jika anda pemilik perniagaan berskala kecil, anda tidak mempunyai bajet untuk membuat pemasaran yang besar. Dengan menggunakan teknik pemasaran dunia digital adalah antara penyelesaian yang ada buat anda untuk menjimatkan kos pemasaran perniagaan anda juga.Bermacam-macam platform yang boleh diguna pakai untuk anda buat pemasaran, daripada platform sosial media sehinggalah email. Dan kebanyakan platform ini adalah PERCUMA. Jika dibandingkan teknik tradisional, untuk mengantung banner sahaja sudah dikenakan bayaran yang di tetapkan oleh majlis perbandaran atau daerah di kawasan yang anda mulakan perniagaan.

    Apa lagi jika beriklan di Radio mahupun saluran television. Kos yang perlu anda sediakan sangat lah tinggi. Boleh juga menggunakan FB ads & Instagram ads jika ada sedikit bajet untuk menggunakannya, dimana anda boleh kawal berapa bajet yang anda sediakan & peruntukan dalam sehari, minggu mahupun bulan.

 

  1. Lebih Dekat Dengan Prospek. 

    Dengan platform yang tersedia pada masa kini nada boleh terus berhubung dengan prospek atau pengguna mahu pun pelanggan sedia ada. Sebagai contoh Facebook, tujuan Facebook adalah untuk bersosial. Jadigunakan platform ini untuk anda pasarkan perniagaan anda, upload yang berkaitan dengan perniagaan yang anda jalankan. Jika mereka bertanya di ruangkomen anda boleh terus jawap terus setiap pertanyaan yang diutarakan.Jika pengguna betul berminat untuk mengetahui apa yang anda jalankan boleh terus berhubung dengan mereka melalui messenger, selepas itu boleh bertukat nombor untuk berhubung lebih dekat lagi.

 

  1. Boleh Fokus Terus Pada Target. 

    Ini lebih pada teknik marketing & target pengguna produk mahupun servis yang anda sediakan. Jika anda menggunakan teknik Facebook Ads atau Instagram Ads anda boleh terus target mengikut setup yang anda buat.Tapi jika anda masih menggunakan yang Percuma, cuba cari Facebook group yang prospek anda lepak & buat pemasaran dengan teknik & strategi yang anda ada di sana. Bila target sudah tahu, teknik & strategi pun sudah ada. Tugas anda teruskan sahaja perjalanan pemasaran yang anda rancang.

 

Banyak lagi sebab yang boleh kita ambil kira kenapa digital marketing perlu anda gunakan untuk perniagaan kecil anda. Walaupun ada platform yang percuma mahupun berbayar jika kamu pandai gunakannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *