PERKARA ASAS SEBELUM BUAT WEBSITE

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum memulakan proses membina laman web. Tidak kiralah website business mahu pun blog.

Apa langkah yang perlu di ambil sebelum proses membina website?
Kami kongsikan langkah asas sebelum proses pembinaan website berlaku.

 

  1. Nama Domain
    Sebelum memulakan proses kena ada nama domain sebelum melangkah ke proses seterusnya. Tapi apa itu domain? Domain ini boleh dikatakan nama kedai digital kamu. Kalau nak daftar perniagaan dibadan yang berkaitan kena ada nama perniagaan, macam itu lah juga website, kena ada nama domain barulah lengkap.Pastikan namadomain yang bakal kamu gunakan nanti dapat memudahkan orang untuk cari & ingat. Jangan lah buat panjang-panjang, nama yang pelik-pelik & tidak berkaitan lansung dengan bisnes yang kamu buat.

 

  1. Cari & Pilih Supplier Hosting

    Dah ada Nama Domain, kena ada hosting. Tapi, apa tu hosting?Hosting ini bermaksud tempat dimana kamu simpan file& semua data yang website kamu. Perumpamaan yang mudah untuk kita sama-sama faham, kalau domain itu alamat & nama kedai, hosting pula rumah, kedai atau gudang perniagaan kamu.Semestinya hosting terdapat pelbagai jenis & size, disini kamu kena bijak untuk buat pilihan jenis hosting yang bersesuaian dengan bisnes & trafik yang bakal masuk ke kedai digital kamu nanti.
    Tapi macam mana nak pilih hosting?Ada 3 cara untuk kamu membuat pilihan jenis hosting macam mana kah yang sesuai untuk kedai digital kamu nanti.A. Buat berbandingan harga hosting.

    Bukan harga itu yang menjadi ukuran sebenarnya, tapi ciri-ciri pada hosting itu yang penting. Mahal pada harga tapi ciri-ciri yang terdapat dalam hosting itu tidak berbaloi. Tidak guna juga.

    B. Costumer Support

    Ini merupakan antara aspek penting yang kamu kena titik beratkan, selain daripada harga & ciri-ciri yang terdapat pada hosting kena tahu juga khidmat pelanggan pembekal macam mana. Bila kamu menghubungi pihak pembekal, mereka pantas & memmberi bantuan yang sepatutnya, itu adalah pilihan yang tepat. Tapi, kalau pembekal pun macam nak tak nak layan. Lebih baik cari tempat lain.

    C. Beza ciri & size hosting.

    Jika jenis website kamu tidaklah ramai yang datang berkunjung, tidak apa jika hanya menggunakan jenis hosting & size yang kecil. Tapi jika anda jenis yang memang fokus pada perniagaan Online semestinya trafik yang masuk banyak seeloknya gunakan hosting yang berskala besar.

    Untuk permulaan tidak apa jika kamu menggunakan size hosting yang berskala kecil, akan datang bila semakin ramai yang tahu kedai digital kamu & makin banyak trafik yang masuk. Kamu boleh menaik taraf hosting yang lebih besar.

 

  1. Tapak Bina WebsiteAda banyak platform yang ada untuk kamu buat laman web sebenarnya. Kamu boleh pilih mengikut kesesuaian & kemampuan kamu. Antara platform yang popular yang boleh kamu pilih pada zaman sekarang antaranya WordPress, Weebly, Wix & sebagainya.Dimasa kini untuk buat website tidak lah sesusah dulu, dulu nak buat website tu daripada awal sampai lah siap nak kena guna coding. Sekarang ni senang saja, main masuk ja. Sedar tak sedar siap.Bagi kami pula, kami lebih suka pilih WordPress sebab banyak fungsi plugin yang ada, lagi-lagi untuk bisnes yang berjualan secara online.

Ini hanya perkara asas untuk kamu tahu sebelum buat website apa yang perlu ada. Selepas 3 ini ada, akan ada lagi yang perlu kamu buat & sediakan bergantung pada jenis perniagaan kamu. Jika kamu bercadang untuk buat website sendiri & mahu belajar boleh hubungi team Daimix Media untuk kami daftarkan kamu di slot kelas akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *